wang dan kuasa!

Sudah menjadi lumrah di kalangan masyarakat kita orang kaya dan banyak duit serta ada kedudukan terutamanya golongan berbisnes menjadi pujaan atau idola. Selain  memaparkan kemewahan di media sosial, mereka juga sering berinteraksi secara langsung dengan follower atau rakan rakan media sosial mereka.

Terkini, seorang ahli perniagaan selebriti sering menjadi tohmahan para netizen kerana sering memaparkan gaya hidup mewah, beliau seringkali dianggap oleh masyarakat maya sebagai menunjuk nunjuk atau senang kata sebagai riak.  Walaupun beliau dan penyokong penyokongnya sering menafikan dan menyatakan bahawa ia adalah sekadar ingin berkongsi moment beliau.

Ramai penyokong beliau suka, setuju, menyokong apa yang beliau lakukan dengan alasan duit dia, dia punya suka lah! Namun ada juga tindakan beliau itu nyata kurang sesuai dilakukan kerana kelihatan nyata sebagai melangkaui tahap berkongsi moment. Tapi bagi penyokongnya ia bukan masalah besar, malah happy dan menganggap ia sebagai "motivasi" dan ruang luahan moment.

Kelihatan nyata apa yang beliau lakukan walaupun kurang sesuai di mata norma norma kebiasaan kerana seakan akan keterlaluan menampilkan kekayaan, beliau juga kelihatan seolah olah lali dengan tohmahan masyarakat.  Budaya kita sudah berubah, dahulu orang menegur dengan perkataan berlapis lapis atau indirect tapi kini akibat keterbukasn media yang infiniti, masyarakat seolah olah tidak ada tapisan untuk menegur.

Sahabat kita itu seolah olah kebal. Semakin kerap memaparkan gaya hidup yang kurang enak oads pandangan netizen namun penyokongnya akan " back up" beliau. Apabila ditegur tanpa berlapis dan disertakan pula dengan bahasa bahasa kesat beliau masih utuh.

Sebahagai manusia yang ada nama , sepatutnya beliau cool sedikit, ambil hati para pengecamnya dan gunakan pendekatan "public relation ". Beliau tidak sepatutnya meletakkan kelihatan seolah punyai wang dan kekayaan sebagai lesen untuk lakukan apa sahaja tanpa mendengar pendapat setengah pihak lain. Para penyokongnya pula harus rasional. Tidak sepatutnya "back up" segala galanya seolah beliau terlalu "suci".

Comments

Popular posts from this blog

Pantun Suka Suka

Cuba apply dulu.

Ajaib?