Ajaib?

Orang Malaysia memang hebat, orang kita memang dasyat, kita tak perlukan kerajinan yang maksimum untuk menaik taraf hidup. 

Kita mempunyai mekanisma tersendiri dan unik untuk mengubah cara hidup kita. Dengan hanya sekeping kad kita boleh menjimatkan petrol, dengan meletakkan kad di meter TNB kita mampu menjimatkan bil. Jika sakit kanser atau demam kita boleh tampalkan kad dibahagian yang sakit dan penyakit akan sembuh. Jika tengah bulan, pekerja yang makan gaji akan kekurangan wang, jangan risau hanya tepekkan sahaja kad tersebut dan secara automotik wang akan bertambah.

Abam baru saja "left" dari group whatsapp ( dijemput secara rawak, tetiba ada dalam group) sekumpulan businessman melayu yang berjiwa besar yang menjual kad ajaib ini. Nama id masing masing bukan main hebat seperti jutawanwannabe, milliondollarman, mujahiddin dan sebagainya. Kita bertindak sebagai silent reader sahaja sebab tak tahu pokok pangkal kewujudan group ini.

Namun keadaan makin menjegkelkan apabila salah seorang menyuarakan masalah untuk menjual kad ajaib ini kepada seorang prospek bertaraf professor. Dia berkata bahawa susah nak menjual kepada prospek yang lebih pandai dari penjual, sehingga rakan-rakan lain mencadangkan bahawa jual kepada orang yang lebih bodoh.

Abam tak tahulah siapa yg bodoh dalam hal ini, yang membeli atau yang menjual kad ini pada abam adalah sama sama dungu.



Pru Bsn Takaful

Comments

Popular posts from this blog

Pantun Suka Suka

Cuba apply dulu.