Bermula Denganmu
Berapa Banyak Pampasan Takaful Untuk Keluarga?
Berapa banyak pampasan takaful yang sepatutnya anda sediakan untuk keluarga anda sekiranya ditakdirkan meninggal dunia lebih awal? RM100,000? RM500,000? RM1 juta?
Jawapan mudah ni. Dalam al-Quran dah ada panduan.
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakaian dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dan perkara yang patut (yang tidak dilarang syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.
– Surah al-Baqarah Ayat 240
Memang tak tulis berapa, jadi nak mudah, kita ambil kiraan asas gaji setahun. Contoh, gaji RM3,000, maka pampasan minimum kita ambil adalah RM36,000 atau genapkan terus jadi RM40,000.
Itu permulaan. Bila dimurahkan rezeki, naik pangkat, zuriat bertambah, maka pampasan yang diambil awal-awal tadi berkemungkinan dah tak cukup. Gaya hidup mungkin dah berubah, perbelanjaan pun meningkat.
Dan lagi satu, takkan untuk sara hidup setahun je? Bagaimana pula selepas setahun tu? Bagaimana pula dengan dana pendidikan anak?
Bila dah sampai tahap ini, digalakkan untuk anda menyediakan pampasan 5 tahun gaji. Contoh pengiraan:
Gaji tahunan RM48,000 x 5 tahun = RM240,000. Kalau boleh, pampasan penyakit kritikal biarlah sekurang-kurangnya separuh daripada amaun ini. Kena ambil kira part bila anda menghidap penyakit kritikal dan masih panjang umur.
Macam mana nak survive kalau dah hilang pekerjaan + sakit? Memang perit masa tu. Pampasan takaful boleh bantu untuk kurangkan beban kewangan.
Walau bagaimanapun, pampasan banyak mana pun memang tak akan dapat menggantikan diri anda tapi sekurang-kurangnya mereka tidaklah terbeban dengan masalah kewangan sekiranya ditakdirkan anda
Apa-apa pun, kita hanya merancang dan segala apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya. Selagi mampu, usahakanlah untuk kebaikan diri dan keluarga sendiri dan selebihnya, bertawakallah.
Mamat Mohamad Masri | 01123319102
Pru Bsn
Comments
Post a Comment