RM18.00
Seharian bekerja dapat cuma RM 18?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Baru berpeluang nak melelapkan mata sekejap sebab dari pagi tiada masa senggang langsung. Hari ni dari pagi sampai ke malam ada 6 temujanji, sebenarnya ada macam macam jenis temujanji. Dari memenuhi permintaan prospek baru hendak bertanyakan hal produk, membuat pindaan pertukaran kaedah pembayaran premium bulanan, kutipan premium secara tunai, penghantaran polisi, cenderahati dan macam macam lagi.
Lokasi...hmmm dari KL, Pudu, PJ, Cheras, Senawang, Seremban dan terakhir sekali Sg Buloh. Sekarang ni melelapkan mata sebentar di dalam kereta di perhentian Nilai sebelum menuju Sg Buloh.
Diantara temujanji yang bersepah ni, terkesan dengan satu temujanji, malam tadi menerima mesej dari yang tidak dikenali. Mungkin dia dapat nama aku dari facebook. Dia maklumkan dia nak sangat polisi perlindungan takaful dan pampasan kematian boleh dihibahkan tetapi keadaan kewangannya amat terhad. Aku tiba tiba jadi 50/50 sebab berdasarkan pengalaman jarang orang yang terus mengaku tak mampu nak beli takaful. Majoriti akan cakap mampu tapi bila datang dan berjumpa serta ejen present final costing terus terdiam atau bagi macam macam alasan. Tetiba je terus teringat ada komitmen lain yang lebih penting.
Akak ni lain, dia terus mengaku tak mampu nak bayar mahal kerana gajinya terhad. Aku kata esok kita jumpa la kak, kita tengok dan bincang macam mana boleh tolong akak.
Lokasinya jauh jugak, luar dari KL dan kebetulan aku memang kena kesana sebab ada urusan dengan client lain, maka aku setuju jumpa akak ni. Setelah jumpa, fact finding sket, minum minum air suam ( aku la ), akak ni minum coke...maka aku dapat lah kesimpulan, akak ni ada kesedaran tinggi berdasarkan pengalaman kawan kawan dia yang ada dan tiada takaful. Aku nak propose pakej yang premiun tinggi takut akak ni nanti lapsed polisi dia dan akak ni rugi. Akak ni pun mengaku dia mampu takat RM50 je sebulan.
Aku cakap...ada kak kalau RM50 sebulan tapi macam ni la pakejnya...maka aku pun mula la pung pung pang pung pang pukul kompang. Akak ni kata sebarang pampasan akan dihibahkan kepada kakak dan ibunya sementara anak anak masih kecil. Dia pun sain la borang, bagi kat aku ic, kad atm, bagi detail personal dan sebagainya. Selesailah untuk akak ni dan aku kata " kak esok pagi saya submit".
Dia kata terima kasih, sekurang kuranngnya buat masa sekarang dia ada protection yang berlandaskan shariah. Tidak terlibat dengan perkara perkara shubahah dan meragukan. Nanti bila gaji dah naik dan ada rezeki lebih kita bincang polisi lain yang bersesuaian.
Komisyen aku berapa? RM 18 je. Tapi kadang kadang orang nampak ejen takaful ni macam kaya dan banyak duit. Pakai kereta mewah, baju cantik, henpon mahal. Itu semua sebab menang contest la...bukan beli...dapat free.
Kalau nak kaya dan bergaya sebenarnya tak perlu jadi ejen takaful pun, jual jagung, jual tau foo faa, jual pisang goreng, jual nasik lemak pun dah boleh kaya. Ada sesetengah orang macam tak percaya bila aku khabarkan komisyen aku dari polisi akak ni RM 18 je...sampai ada yang kata jual nasik lemak pun untung lebih dari tu.
RM18 tu rezeki Allah bagi atas usaha dan penat aku kesana sini untuk hari ni...redha dan bersyukur. Siapa nak bagi kalau mereput dan tidur sepanjang hari?
Sebenarnya RM 18 tak penting bagi aku, aku lebih gembira dan bersyukur apabila akak tu ada coverage ratusan ribu ringgit dan dihibahkan kepada emak dan kakaknya.
Sekian, baru lega sket dapat lelap mata sekejap, nak drive lagi menuju ke Sg Buloh pulak, mungkin rezeki aku kat Sg Buloh bertambah sikit jadi RM 19 pulak. Siapa tahu! Allah maha adil.
Mamat Mohamad Masri | 01123319102
Pru Bsn Takaful.

Comments
Post a Comment