Pagi Pagi Tayar Buat Hal

Asalamualaikum dan selamat pagi.
Bertemu kita pada pagi Isnin, ramai orang kononnya berkelubung dalam Monday Blues! Konon! Sebenarnya itu semua ada perkara perkara yang telah di set dalam otak kita yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi.

Pepagi aku start enjin kereta lepas Subuh, ya macam biasa aku nak ke office tapi aku rasa satu macam. Ada bunyi pelik! Dalam 3 minit sampai kat Shell aku park jap kereta, keluar dan brader Bangladesh yang memang aku kenal cakap " Bang tayar sudah pancit, kasi saya pam dulu nanti abang pigi workshop kasi tukar".

Alhamdulilah masih ada yang prihatin, masih ada yang nak menegur. Lepas aktiviti pam mengepam aku buzzz whatsapp group office maklum ada kelewatan, aku nak tunggu pukul 9 bengkel buka. Alang alang kalau ada offer baik boleh tukar tayar terus maklumlah sebenarnya tayar dah uzur.

Entah kenapa terlintas di kepala otak aku. Aku langsung tak mengeluh, langsung tak merungut, langsung tak mencarut. Entah kenapa aku boleh sabar pagi ni dan Monday Blues aku langsung tak wujud, malah aku boleh minum jap kat mamak sebelah bengkel yang aku biasa pergi ni dengan takde apa apa rasa stress.

Comments

Popular posts from this blog

Pantun Suka Suka

Cuba apply dulu.

Ajaib?