Posts

Showing posts from December, 2017

Pantun Suka Suka

Kayu jati hendak digergaji, Manakan putus si gergaji besi, Esok hari sudah gaji, Jangan lupa bayar polisi Keris hamba bertatah besi, Boleh dihunus seperti taji, Jangan lupa bayar polisi, Supaya  tidak lapsed lagi Mandi pagi tepi perigi, Anak teruna memancing ikan, Supaya tidak lapsed lagi, Biar mudah proses tuntutan Dari Sumatera hendak ke Bentan, Hendak membeli si pisang kaki, Biar mudah proses tuntutan, Agar tidak ada kena maki. #nakcopymintaizin #jenuhmengarang #5minitbuatpantun Mamat Mohamad Masri | 01123319102 Pru Bsn Takaful.

Pagi Pagi Tayar Buat Hal

Image
Asalamualaikum dan selamat pagi. Bertemu kita pada pagi Isnin, ramai orang kononnya berkelubung dalam Monday Blues! Konon! Sebenarnya itu semua ada perkara perkara yang telah di set dalam otak kita yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi. Pepagi aku start enjin kereta lepas Subuh, ya macam biasa aku nak ke office tapi aku rasa satu macam. Ada bunyi pelik! Dalam 3 minit sampai kat Shell aku park jap kereta, keluar dan brader Bangladesh yang memang aku kenal cakap " Bang tayar sudah pancit, kasi saya pam dulu nanti abang pigi workshop kasi tukar". Alhamdulilah masih ada yang prihatin, masih ada yang nak menegur. Lepas aktiviti pam mengepam aku buzzz whatsapp group office maklum ada kelewatan, aku nak tunggu pukul 9 bengkel buka. Alang alang kalau ada offer baik boleh tukar tayar terus maklumlah sebenarnya tayar dah uzur. Entah kenapa terlintas di kepala otak aku. Aku langsung tak mengeluh, langsung tak merungut, langsung tak mencarut. Entah kenapa aku boleh sab

Pru Bsn Anugerah

Image
Medical card TERMURAH dari PruBSN.. Selama ni tertanya-tanya.. Sekarang jangan tertunggu-tunggu pula.. Jom dapatkan segera sementara belum nak guna 😌 Prudential Bsn Takaful.

RM18.00

Image
Seharian bekerja dapat cuma RM 18? ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Baru berpeluang nak melelapkan mata sekejap sebab dari pagi tiada masa senggang langsung. Hari ni dari pagi sampai ke malam ada 6 temujanji, sebenarnya ada macam macam jenis temujanji. Dari memenuhi permintaan prospek baru hendak bertanyakan hal produk, membuat pindaan pertukaran kaedah pembayaran premium bulanan, kutipan premium secara tunai, penghantaran polisi, cenderahati dan macam macam lagi. Lokasi...hmmm dari KL, Pudu, PJ, Cheras, Senawang, Seremban dan terakhir sekali Sg Buloh. Sekarang ni melelapkan mata sebentar di dalam kereta di perhentian Nilai sebelum menuju Sg Buloh. Diantara temujanji yang bersepah ni, terkesan dengan satu temujanji, malam tadi menerima mesej dari yang tidak dikenali. Mungkin dia dapat nama aku dari facebook. Dia maklumkan dia nak sangat polisi perlindungan takaful dan pampasan kematian boleh dihibahkan tetapi keadaan kewangannya amat terhad. Aku tiba tiba jadi 50/50 sebab berdasar

Antara Kawan dan Klien.

Image
Kawan tak semestinya akan menjadi klien aku, tapi klien pasti akan jadi kawan aku, tapi dalam hal ni dia seorang kawan sebaya dari kecik, masing - masing dah berkecimoung dalam bidang berbeza tapi masih support kerjaya aku. Cikgu sekolah ni salah seorang klien aku, berkawan dari zaman berhingus sampailah zaman anak anak kami berhenti berhingus!