Jangan Lakukan Ini.
Keghairahan ejen takaful mempromosi diri melalui aktiviti dan dipaparkan di media sosial memang tidak salah. Ia adalah satu cara promosi dan pemasaran paling murah dan ia terbukti berkesan. Namun beberapa cara atau kaedah sebenarnya tidak kena malahan merisikokan diri mereka sendiri.
1. Muat naik resit pembayaran client di kaunter.
Secara tidak langsung, anda diperhatikan oleh seluruh dunia maya dan menjadi sasaran individu tidak berniat baik. Umum mengetahui bahawa anda membuat pembayaran tunai dalam jumlah tunai yang banyak dan tidak mustahil anda menjadi sasaran perompak. Sedarkah anda bahawa tidak semua sahabat media sosial anda kenal secara personal dan tidak mustahil salah seorang dari "sahabat" anda sedang memerhati dan mengkaji pola pergerakan anda.
2. Memaparkan cek pembayaran client tanpa sebarang privasi.
Secara tidak langsung anda telah memaparkan kepada umum bahawa si polan akan mendapat wang pampasan. Walaupun itu adalah wang pampasan namun penyamun tidak peduli langsung tentang itu. Kini anda pula meletakkan keghairahan anda sebagai risiko kepada client anda. Tambahan pula anda memaparkan nama penuh dan nilai amount cek tersebut.
3. Gambar bercuti.
Kesilapan paling tidak disedari adalah anda memaklumkan di media sosial dari tarikh sekian hingga ke sekian anda berada diluar kawasan kerana bercuti. Tambahan pula jika anda memaparkan gambar keluarga ( jika bercuti sekeluarga). Namun jika anda bercuti bersama sahabat, risiko untuk menjadi sasaran munkin agak kurang.
4. Gambar passport.
Antara keghairahan orang yang hendak bercuti adalah memaparkan gambar passport dan diselitkan keratan tiket. Ada seorang sahabat saya "terupload" gambar passport lengkap dengan nama penuh, nombor passport dan kad pengenalan serta alamat penuh namun segera memadamkan setelah menyedari ia membawa risiko tinggi. Teknologi grafik dan maklumat semakin canggih, sedang anda enak bercuti di luar negara anda mungkin tidak sedar bahawa ada sindiket sedang "klon" passport anda menggunakan maklumat yang terpapar.
5.Muat naik quotation.
Jika muat naik sebahagian maklumat ia mungkin tidak menjadi masalah namun kadang kadang kita terlepas pandang. Maklumat peribadi prospek seperti nama penuh, no kad pengenalan dan pendapatan sebenarnya merisikokan prospek kita menjadi target kepada golongan berniat tidak baik.
6. Kereta mewah.
Muat naik lah semahu mahunya tapi muat naiklah secara "spontan". Orang tidak akan sedar dan mungkin lambat sedar jika kita upload dalam keadaan sedang memandu atau kenderaan mewah itu bukan "subject matter" dalam paparan media sosial. Namun jika anda bergambar dengan kereta mewah seperti sahabat sahabat skim cepat kaya maka anda meletakkan diri anda sebagai sasaran. Memadamkan nombor plate mungkin salah satu kaedah yang boleh tapi sebenarnya ia tidak mengubah sangat keadaan. Jika tak dapat nombor plate kenderaan, mereka boleh target anda terus.
7. Anda juga sebenarnya bukan sekadar menjadi sasaran golongan tidak berniat baik seperti penjenayah dan penggodam, anda juga menjadi sasaran LHDN.
Muat naik lah dengan bijak, keghairahan bisa memakan diri.
Mamat Mohamad Masri | 01123319102
Pru Bsn Takaful.

Comments
Post a Comment