Wasiat

Bila ditanya apakah perlunya wasiat sedangkan Hukum Faraid telah ada?

Inilah soalan paling kerap ditanya oleh prospek bila berbicara tentang wasiat. 

Untuk apa Wasiat itu, kita lihat proses yang berlaku bila berlakunya kematian dan apa permasalahan yang timbul dari setiap peringkat tersebut tanpa wasiat.

1. Pengebumian jenazah
Kos pengebumian yang biasanya dibawah RM 2 ribu mungkin tidak menjadi masalah sebahagian besar waris.

2. Perlantikan Pentadbir untuk harta simati 
Disini bermula masalah, siapakah yang sanggup menjadi pentadbir harta simati?
Jika ada yang sanggup, adakah semua waris bersetuju?
Bila sudah dilantik pentadbir, bolehkah kita mempercayai pentadbir itu akan berlaku adil kepada semua waris?
Berapa cepatkah pentadbir itu dapat menguruskan harta simati?
Berapakah kos yang akan dikenakan oleh pentadbir itu?
Adakah pentadbir itu arif dengan prosedur pengurusan harta pusaka di Pejabat Tanah, Amanah Raya dan juga mahkamah?

3. Senarai harta simati 
Tahukah pentadbir itu dimana semua akaun bank, saham, syer dan harta simati?

4. Senarai hutang simati
Berapakah hutang simati yang belum dilangsaikan?
Hutang bukan sahaja dengan manusia, hutang puasa, zakat dan haji bagaimana pula?

5. Harta sepencarian isteri/suami yang masih hidup
Jika suami yang meninggal, faraid isteri adalah 1/8 sahaja.
Tidakkah isteri itu mahu menuntut lebih dari itu sedangkan semasa hayat arwah, si isterilah yang menjadi pendorong, penasihat dan sahabat dalam membina kekayaan si mati.

6. Wasiat 1/3 dari harta simati untuk bukan waris
Tidakkah kita ingin bersedekah kepada masjid atau badan kebajikan supaya pahala berterusan walaupun kita telah mati.
Adakah waris kita akan bersedekah atas kita atau semua harta difaraid sesama waris?
7. Wasiat jika dipersetujui waris atau faraid
Setelah proses diatas telah dilaksanakan barulah harta pusaka itu dibahagikan mengikut wasiat atau faraid jika ahli waris tidak bersetuju dengan pembahagian dalam wasiat

Jadi, proses pentadbiran pusaka itu bukan hanya berkisar tentang faraid sahaja.  Faraid adalah mekanisma untuk pembahagian harta pusaka, namun jika harta itu beku di Amanah Raya kerana tiada siapa yang menguruskannya bagaimana Faraid itu dapat berjalan?

Mamat Mohamad Masri | 01123319102
Pru Bsn Takaful.

Comments

Popular posts from this blog

Pantun Suka Suka

Cuba apply dulu.

Ajaib?